Hi korg sumer....
arini Ayda nk kongsi lagi beberapa tip
tok korang tentang cara2 nak buat korang sentiasa tersenyum & fikir positif..!
Sebelom tu terima kasih bnyak2 kerana sudi baca entry Ayda ni...
ok...kita teruskan.....^ ^
Korang percaya tak dengan takdir...!?? Ayda percaya..ada masa kita susah..ada masa kita senang! kadang2 kita kat atas..kadang2 kita kat bawah..! gembira & sedih mesti akan datang tanpa kita duga...!
Jadi, kat bawah ni Ayda ada cara nak mmbantu korang tok mngukir senyuman, tok gembira & fikir positif dalam apa jua keadaan..contohnya :
KETAWA SEKUATNYA
Korang bukan seorang puteri yg mesti menahan ketawa sambil tutup mulut dengan tangan. Ketawa adalah ubat terbaik & jaminan pada penampilan korang akan tetap positif & ceria.
TUKAR 'WALLPAPER DESKTOP'
Kerja yg memerlukan korang menghadap komputer seharian..so, untuk buat diri korang lebih ceria & yakin..apa kata korang tukar wallpaper komputer dengan gambar2 lucu yg boleh buat korang tersenyum setiap kali membuka komputer.
MANJAKAN DIRI SENDIRI
Luangkan waktu korang untuk buat perkara yang boleh buat korang gembira & selesa. Cthnya..melukis, ambil gambar, @ baca novel. Skurang2nya ia boleh beri semangat baru jika korang luangkan masa tuk diri walaupon hanya sekejap.
CARI KAWAN
Cuba korang rapat dengan kawan2 yang sentiasa fikir positif dalam semua situasi..ini kerana ia akan membuatkan korang lebih ceria & positif..biasanya orang yang fikir positif sentiasa tersenyum. Semakin benyak senyum..semakin ceria hidup.
SENTIASA BERTERIMA KASIH
Mulakan & akhiri hari korang dengan ucapan syukur kerana ia akan mmbuatkan hari korang ceria & positif. Jadi, nikmati hari korang dengan rasa bersyukur di atas segala hal yg indah & gembira.
JOM! BERKEBUN
Jangan memandang remeh kepada aktiviti berkebun. Ada beberapa pakar telah menyarankan supaya melakukan aktiviti tersebut..apatah lagi ketika melihat tanaman yg kita tanam berbunga & berbuah, itu adalah perkara yang sangat mnyenangkan.
BERJALAN-JALAN
Aktiviti brjalan mmpunyai 2 perkara utama dalam meningkatkan kualiti hidup iaitu senaman & mendekatkan diri kepada alam semula jadi. Bersenam mmbuatkan kita gembira & di penuhi dengan perasaan positif. Jadi, mulakan hari ni dengan bersenam @ berjalan mngelilingi taman terdekat.
CUBA SESUATU YANG BARU
Menikmati hidangan yg baru misalnya. Kalau sebelum ni, korang sering memesan makanan kegemaran & restoran pilihan..apa kata kali ni korang pilih restoran yg baru & pesan makanan yang unik. Malah trdapat banyak perkara baru yg boleh korang buat sperti hobi baru.
BERI WAKTU UNTUK DIRI KORANG
Selalu dengar kadang2 kita xde masa cukup nak buat perkara lain walaupon dalam sehari ada 24 jam. Isilah waktu dengan perkara yang mmberi erti tuk kita & kluarga..seperti meluangkan masa dengan keluarga setiap ujung minggu @ melakukan aktiviti sosial.
SEJAM SEHARI UNTUK DIRI SENDIRI
Luangkan masa sejam sehari tuk meluaskan lagi fikiran dengan membaca, mendengar radio, menonton DVD & sebagainya. Isikan fikiran korang dengan perkara positif & lihat perubahan pd diri korang. Cara ni penting tuk kualiti hidup korang.
Oklah....
Ayda harap korang senyum2 selalu.....
byeeeee..........^ ^
Add caption |
0 Si Cantik/Kacak Bagi Komen!:
Post a Comment