Arini wat entry lagi..
stelah seharian melepakkn diri kat depan TV
tanpa membuka & mnyentuh sdikit pon PC ajaib Ayda...
heheheee..ok jom kita baca sama2 yer..
Ayda nk cite psl keajaiban OREGANO..!
mgkin xramai yg tau khasiat di sebalik daun @ serbuk oregano ni.
Tapi, klau korg peminat pasta, piza, spageti, salad & sgainya,
nilah ramuan yg mnyedapkn lagi makanan korg.
KHASIAT OREGANO
^^ Setengah sudu oregano kering mmpunyai kandungan antioksida.
^^ Dari segi kesihatan, ia dapat mengatasi gangguan penghadaman & mengurangkan migrain.
^^ Penggunaan yg kerap boleh mengelakkan demam, influenza & sakit perut.
^^ Membantu menenangkan tidur. Kandungan timol dalam jumlah yang banyak menyebabkn oregano
mmpunyai sifat antiseptik & digunakn sebagai ubat luaran.
^^ Selain tu, bakteria yg ada pd oregano listeria Monocytogenes dikatakan mampu memastikan makanan tahan lagi lama.
^^ Bagi korang yg sakit tekak @ kerongkong, minum daun oregano yg segar @ kering.
^^ Tuk masalah penghadaman, minum air yg dihasilkan oleh daun oregano yg di parut bersama ibu kunyit brsama asam jawa & gula melaka.
OREGANO SEGAR
~ Mecantikkn kulit & melancarkan peredaran darah jika mengamalkan makan daun oregano sebagai ulaman.
~ Rasa & aroma yang menarik & xtenggelam dengan bahan lain. Oregano yg berkualiti tinggi sangat berperisa.
~ Daun yg segar & beraroma boleh membuka selera makan seseorang.
OREGANO KERING
~ Lebih disukai kerana rasanya yang berempah dan sering digunakan untuk hidangan pasta, sos pasta, masakan makanan laut, piza & lain2 sebagai penambah perisa.
PERSAMAAN PENGGUNAAN
''OREGANO SEGAR & OREGANO KERING''
1 sudu besar oregano segar = 1 sudu teh oregano kering
1 auns oregano segar = 1 sudu teh oregano kering
1 sudu teh oregano kering = 1 sudu teh minyak oregano
TIP MEMASAK MENGGUNAKAN OREGANO
> Jika guna oregano segar, buang batangnya & ambil daun saja
> Jika korang nak guna batangnya tuk masakan, korang perlu mengikat sejumlah oregano tersebut.
> jangan masukkan oregano terlalu bnyak dalam masakan kerana ia agak pahit.
> Korang boleh pilih daun selasih @ daun pudina tuk ganti kpd oregano dalam masakan.
> Oregano sesuai tuk masakan yg berasaskan bahan sos tomato sperti spaghetti, pasta, piza, & sebagainya.
> Bawang putih, daun selasih, parsli, & minyak zaitun adalah bahan yang saling melengkapi dengan oregano.
FAKTA
Di Filipina - Oregano dikatakan sebagai ubat yg menenangkan, ia bukan saja digunakan tuk menambah perasa pd makanan tapi dijadikan bahan tuk menyembuhkan batuk pada kanak2.
Oregano juga adalah bahan yang sangat penting tuk di gunakan dalam masakan di negara Itali, Sepanyol, & Perancis.
Pada masakan Itali, oregano banyak di gunakan dalam hidangan piza @ makanan yang menggunakan sos tomato kerana baunya yg kuat & pedas.
Oregano mempunyai perisa yg kuat, tapi baunya akan hilang jika dimasak terlalu lama terutama jika herba yg segar di gunakan.
Hah tulah dia serba sdikit
yg Ayda boleh kongsikan dengan korang2 sume
tentang keajaiban oregano ni..
memang banyak khasiatnya..!!
oklah..jumpa lagi nanti....byeeeeee...............^^
0 Si Cantik/Kacak Bagi Komen!:
Post a Comment