Monday 27 June 2011

DIET : Wanita VS Lelaki

Salam korang2 sumer....................^ ^

Arini Ayda nak kongsi cerita cara diet antara lelaki & perempuan...! 
Mesti korang terfikir nape badan lelaki ni maintain jek...tak macam orang perempuan, 
senangnyer nak montel..huh!

Diet... selalunya dikaitkan dengan perempuan. 
Jarang dengar lelaki berdiet, lau ada pon segelintir je. 
Mesti ada diantara korang yg cemburu dengan pasangan korang yg maintain je badan, 
padahal korang selalu kluar makan bersama.


Tak kurang juga, pasangan korang kadang2 tu lebih banyak makan dari korangkan..tapi kenapa badan korang yang makin bulat sedangkan badan pasangan korang biasa2 jek....fed up jek!!

INFO 1
KHAS TUK LELAKI - LANGKAH PENJAGAAN DIET
kurangkan pengambilan kolestrol, tak lebih 30mg sehari.
INFO 2
Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dari gula semulajadi
daripada 28% kepada 48%.

INFO 3
Kurangkan pengambilan gula yang di proses daripada 45% kepada 10%
daripada jumlah tenaga.

Sbenarnya bukan korang je yang alami nasib camni. Badan cepat naik & susah nak turunkan berat berbanding lelaki. Ada beberapa faktor yg mmpengaruhi keadaan ni. Jom semak yg Ayda tulis ni...

BENTUK TUBUH

> Keadaan tubuh yg terdiri daripada otot, tulang, & lemak sangat berbeza antara lelaki & perempuan. Lelaki mmpunyai otot lebih banyak, tulang lebih berat & lemak yang sikit dari perempuan..cotoh:
Wanita-berat 57
(berat otot 20kg, tulang 7kg & lemak 15kg)
Lelaki-berat 70kg
(otot 31kg, tulang 10kg & lemak 10kg)


UMUR

> Badan perempuan mngalami penurunan metabolisme sebanyak 5% ketika usia mencapai 30 tahun. Malah, semakin bertambah usia, semakin sedikit tubuh membakar kalori & lemak semakin banyak.

> Pada usia ni juga, wanita membakar 75 kalori lebih sedikit berbanding ketika berusia 25 tahun.

TENAGA

> Kebanyakan perempuan lebih sikit mngeluarkan tenaga sperti melakukan aktiviti, penghadaman, penafasan, @ pengaliran darah. Contohnya..kalori yg dibakar dalam melakukan aktiviti hanya 5-10% lebih kecil berbanding lelaki.

HORMON

> Hormon estrogen banyak terdapat pada wanita & berfungsi mengaktifkan enzim penimbunan lemak. Camtu juga dengan hormon progesteron yg sikit sebanyak telah menyebabkan nafsu makan wanita bertambah.

KEHAMILAN

> Secara semulajadinya, lemak dalam badan berfungsi tuk melindungi janin yg dikandung. Sebab tulah, wanita mempunyai banyak enzim tuk menyimpan lemak & sedikit enzim tuk membakar lemak.

>  Jadi, peratusan lemak dalam wanita lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 25% berbanding 15%.

CARA 'MENCANTAS' LEMAK
Faktor2 di atas memang tak boleh diubah. Namun bukan bermakna korang berputus asa. 
Menurut Elena Voropay, ahli nutrisi dari Australia Fitness mengatakan wanita harus berusaha lebih keras berbanding lelaki tuk mendapatkan tubuh ideal. Malah usaha ni akan membuatkan korang lebih berdisiplin dalam soal pemakanan, senaman, & lebih sihat dari lelaki.

ANTARA PERKARA YG PERLU KORANG BUAT TUK 'MENCANTAS' LEMAK


1. Diet seimbang.
2. Makan sedikit tetapi kerap.
3. Pilih protein yg sihat.
4. Perbanyakkan serat.
5. Kurangkan pengambilan garam.
6. Perbanyakan senaman.


Ok...semoga korang berjaya berdiet yer...

byeeeee..........^ ^




suka kew..LIKE jer @ tinggalkan KOMEN korang k ^ ^

0 Si Cantik/Kacak Bagi Komen!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ DaK nOtY jEk BoLeH tEkAn LiNk At BaWaH nI.. ~