Terima kasih kerana masih lagi sudi singgah kat sini...! kali ni Ayda nk citer cikit camner nk atasi masalah bawah lengan hitam @ dengan bahasa paling senang...masalah ketiak hitam yer..!!
''Tolonglah! malunyer ketiak hitam...''
sabar...jangan mudah putus asa..
Ayda ada cara camner nak hilangkan masalah ketiak hitam ni k..!
jangan risau & korang boleh amalkan apa yg akan Ayda bagitau ni..
Ok..baca ni yer..!!
Memang betul masalah ketiak hitam ni akan buat korang hilang keyakinan diri & segan untuk bergaya..! Maklumlah, kini banyak pilihan singlet di pasaran. Niat hati nk mencuba, tapi apakan daya? ketiak pula hitam..huhuhuu...!! c(=
TAK PERNAH AMBIL PEDULI...
MACAM MANA BOLEH HITAM...?
Ada orang yang selalu @ kerap membuang/mencukur bulu ketiak..dan ini tak baik diamalkan. Membuang bulu ketiak secara kerap akan menyebabkan geseran pisau cukur pada bahagian tersebut & membuatnya berubah warna lama kelamaan.
Cukuplah sekadar membuang bulu ketiak selang seminggu @ 2 minggu sekali. Mencabut bulu ketiak adalah lebih baik kerana korang mencabutnya dari akar. namun begitu, mencabut dengan kuat akan menyebabkan masalah iritasi pada kulit & menggalakkannya berubah warna.
Korang tau tak, tabiat mencukur & mencabut bulu ketiak tak elok diamalkan kerana bahagian bawah lengan berhampiran dengan payudara. Dikuatiri jika terlalu kerap bercukur akan menyebabkan luka2 kecil selain menyebabkan liang2 roma jadi lebih besar.
Salah satu kesan bercukur @ mencabut bulu ketiak adalah masalah kegatalan. Apabila korang mengalami kegatalan pada bahagian tersebut secara tak langsung akan buatkan korang untuk menggaru & menjadikannya kehitaman kerana geseran.
Masalah hormon juga boleh mengakibatkan masalah bawah lengan menjadi hitam. Masalah ini biasanya berlaku pada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Penggunaan deodoran yang tak sesuai boleh mengakibatkan jangkitan kuman @ masalah kegatalan pada kulit.
Deodoran yang mengandungi kadar alkohol yang tinggi akan menyebabkan masalah hiperpigmentasi yang mendorong bawah lengan bertukar warna. Oleh tu, pilihlah deodoran yg sesuai dengan korang.. Paling baik, guna deodoran dari ekstrak mineral & bebas bau. Deodoran jenis ni baik kerana ia tak mengandungi alkohol di dalamnya.
TIP UNTUK KORANG BUAT SENDIRI DI RUMAH!!
Ambil nenas & betik muda.
Parut buah ni & sapu pada bawah lengan.
Jadikan seperti lulur & amalkan seminggu sekali.
Korang tau tak,
kedua2 buah ni mengandungi enzim terbaik
yang mempercepatkan proses
pengelupasan sel2 kulit mati.
Lulur saja tak cukup.
Sapulah yogurt tanpa perisa
pada bahagian yang dilulur
& biarkan seketika.
Gosok perlahan secara
membulat & bersihkan.
Korang boleh juga biarkan
ia kering sendiri @ lapkan dengan tuala lembut.
Sapu minyak bayi
tuk mengekalkan kelembutan bahagian tersebut.
Cara orang lama adalah
dengan mengambil jus limau nipis
mahupon limau kasturi
& campurkan dengan kapur sirih.
Jangan bancuh terlalu pekat @ cair.
Sapukan pada ketiak
& biarkan 15 minit.
Cuci bersih & amalkan petua ni
2-3 kali seminggu.
Korang tak perlu malu lagi..segera bertindak tuk elakkan masalah hitam bawah lengan korang..!
Semoga info & tip yang Ayda beri ni dapat membantu korang ok....!!
Jumpa lagi nanti...!
ok...byeeeee..........^ ^
2 Si Cantik/Kacak Bagi Komen!:
bgs punye info..hehe..
banyak nye info kat blog ni . bagus bagus ;)
Post a Comment