Tuesday, 5 July 2011

MASALAH 'HITAM' BAWAH LENGAN!

Salam korang2 sumer....................^ ^

Terima kasih kerana masih lagi sudi singgah kat sini...! kali ni Ayda nk citer cikit camner nk atasi masalah bawah lengan hitam @ dengan bahasa paling senang...masalah ketiak hitam yer..!!


''Tolonglah! malunyer ketiak hitam...'' 
sabar...jangan mudah putus asa..
Ayda ada cara camner nak hilangkan masalah ketiak hitam ni k..!
jangan risau & korang boleh amalkan apa yg akan Ayda bagitau ni..
Ok..baca ni yer..!!

Memang betul masalah ketiak hitam ni akan buat korang hilang keyakinan diri & segan untuk bergaya..! Maklumlah, kini banyak pilihan singlet di pasaran. Niat hati nk mencuba, tapi apakan daya? ketiak pula hitam..huhuhuu...!! c(=

TAK PERNAH AMBIL PEDULI...

 Tak ramai yang tahu pentingnyer jaga kebersihan & kecantikan kulit pada bahagian bawah lengan. Mane taknyer..semua sebuk membelek kulit muka je sampai tak ambil kisah langsung tentang ketiak tu. maklumlah kan bahagian tersembunyi..takde sape pon yang nak tengok. Tapi sesekali korang kena juga 'selak' keadaan bawah lengan tu yer...!

MACAM MANA BOLEH HITAM...?

    Banyak faktor yang boleh terjadinya masalah ni. Salah satunya adalah berpunca dari tabiat mencabut & mencukur bulu ketiak. Kononnya bulu ketiak menimbulkan rasa tak selesa bila berpakaian.Tapi tak salah kalau korang buang bulu2 tu..ia adalah sesuatu yang harus korang buat, namun biarlah betul caranya.

   Ada orang yang selalu @ kerap membuang/mencukur bulu ketiak..dan ini tak baik diamalkan. Membuang bulu ketiak secara kerap akan menyebabkan geseran pisau cukur pada bahagian tersebut & membuatnya berubah warna lama kelamaan.

   Cukuplah sekadar membuang bulu ketiak selang seminggu @ 2 minggu sekali. Mencabut bulu ketiak adalah lebih baik kerana korang mencabutnya dari akar. namun begitu, mencabut dengan kuat akan menyebabkan masalah iritasi pada kulit & menggalakkannya berubah warna.

    Korang tau tak, tabiat mencukur & mencabut bulu ketiak tak elok diamalkan kerana bahagian bawah lengan berhampiran dengan payudara. Dikuatiri jika terlalu kerap bercukur akan menyebabkan luka2 kecil selain menyebabkan liang2 roma jadi lebih besar.

   Salah satu kesan bercukur @ mencabut bulu ketiak adalah masalah kegatalan. Apabila korang mengalami kegatalan pada bahagian tersebut secara tak langsung akan buatkan korang untuk menggaru & menjadikannya kehitaman kerana geseran.

   Masalah hormon juga boleh mengakibatkan masalah bawah lengan menjadi hitam. Masalah ini biasanya berlaku pada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Penggunaan deodoran yang tak sesuai boleh mengakibatkan jangkitan kuman @ masalah kegatalan pada kulit.

   Deodoran yang mengandungi kadar alkohol yang tinggi akan menyebabkan masalah hiperpigmentasi yang mendorong bawah lengan bertukar warna. Oleh tu, pilihlah deodoran yg sesuai dengan korang.. Paling baik, guna deodoran dari ekstrak mineral & bebas bau. Deodoran jenis ni baik kerana ia tak mengandungi alkohol di dalamnya.

TIP UNTUK KORANG BUAT SENDIRI DI RUMAH!!


 Ambil nenas & betik muda. 
Parut buah ni & sapu pada bawah lengan. 
Jadikan seperti lulur & amalkan seminggu sekali. 
Korang tau tak, 
kedua2 buah ni mengandungi enzim terbaik 
yang mempercepatkan proses 
pengelupasan sel2 kulit mati.



 Lulur saja tak cukup.
Sapulah yogurt tanpa perisa 
pada bahagian yang dilulur 
& biarkan seketika. 
Gosok perlahan secara 
membulat & bersihkan. 
Korang boleh juga biarkan 
ia kering sendiri @ lapkan dengan tuala lembut.
Sapu minyak bayi 
tuk mengekalkan kelembutan bahagian tersebut.

Cara orang lama adalah
 dengan mengambil jus limau nipis 
mahupon limau kasturi 
& campurkan dengan kapur sirih. 
Jangan bancuh terlalu pekat @ cair. 
Sapukan pada ketiak 
& biarkan 15 minit. 
Cuci bersih & amalkan petua ni 
                                                   2-3 kali seminggu.

Korang tak perlu malu lagi..segera bertindak tuk elakkan masalah hitam bawah lengan korang..!

Semoga info & tip yang Ayda beri ni dapat membantu korang ok....!!

Jumpa lagi nanti...!

ok...byeeeee..........^ ^




suka kew..LIKE jer @ tinggalkan KOMEN korang k ^ ^

2 Si Cantik/Kacak Bagi Komen!:

MizzTina said...

bgs punye info..hehe..

Pwincess said...

banyak nye info kat blog ni . bagus bagus ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ DaK nOtY jEk BoLeH tEkAn LiNk At BaWaH nI.. ~