Selamat berhari minggu sumer..arini dengan senang hati Ayda wat lagi entry terbaru tuk korang sumer..! hmmm..info arini Ayda nak citer pasal keistimewaan air mata....bez ni !
Bila last korang menangis..tak kiralah nangis suka ke nangis duka ke..sesuatu hal yg boleh buat korang keluarkan air mata tak akan dapat di tahan tuk keluar. Korang menangislah..keluarkan je air mata korang sepuas puasnya...kerana air mata... :
> Terhasil kerana gerak balas terhadap sesuatu ransangan saraf. (secara spontan bila berlaku gangguan di bahagian mata seperti habuk @ ketika memotong bawang.
> Tuk memastikan mata kita sentiasa dalam keadaan lembab.
> Akibat emosi (ini kerana air mata mengandungi bahan kimia & hormon yg berbeza)
Menangis terlalu lama akan membuatkan mata korang merah & bengkak, apatah lagi menangis dengan air mata yg banyak. Siapa kata menangis tak berguna? Sebenarnya, menangis & mengeluarkan air mata mampu menjadi ubat yg sangat berguna kepada kesihatan badan & fikiran.
MEMBANTU PENGLIHATAN
Cecair yg keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yg biasanya membuat penglihatan menjadi kabur. Secara tak langsung, air mata mampu membantu penglihatan seseorang.
MENINGKATKAN MOOD
Bila korang menangis, ia mampu turunkan tahap depresi & meningkatkan kembali mood seseorang. Air mata yg di hasilkan daripada menangis mengandungi 24% protein albumin yg berguna dalam menstabilkan sistem metabolisme dalam badan berbanding dengan air mata yg di hasilkan dari iritasi mata.
MEMBUNUH BAKTERIA
Dalam air mata terkandung cecair dipanggil lisozom yg dapat membunuh antara 90-95% bakteria yg terdapat pada papan kekunci komputer, tiang tangga, bersin dalam hanya 5 minit. Jadi korang tak perlu ubat titis mata kerana air mata berfungsi sebagai antibakteria semulajadi.
MENGURANGKAN TEKANAN
Air mata juga dapat mengeluarkan hormon tekanan yg terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-encaphalin & prolactin. Malah, ia membantu melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi.
MELEGAKAN PERASAAN
Bila korang dilanda masalah & dugaan, setelah menangis ia akan membuatkan korang rasa lega. Semua orang akan rasa camtu.
Setelah menangis, sistem dalam badan, otak & jantung akan menjadi lancar. Cara camni akan membuatkan seseorang merasa lebih baik & lega. Bila nangis, keluarkan segala masalah, jangan pendam.
MENGELUARKAN RACUN
Air mata yg keluar hasil daripada tangisan kerana emosional mengandungi racun.
Ia menunjukan air mata membawa keluar racun daripada dalam tubuh melalui mata tu.
MERAPATKAN HUBUNGAN
Tuk kesihatan fizik pula, menangis membantu seseorang itu merapatkan hubungan. Biasanya, seseorang tu menangis selepas menceritakan masalah kepada teman2 & di balas dalam bentuk nasihat & semangat.
Malah, dengan luahan juga dapat meningkatkan kemampuan berkomunikasi & sosial.
5 MAKANAN
UNTUK KESIHATAN MATA
PENGAMBILAN TELUR : Kaya dengan lutein & zeaxanthin.makan telur 2kali sehari berturut2 dapat meningkatkan lutein & zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.
PERBANYAKKAN ANTIOKSIDAN : sangat baik tuk tubuh & mencegah terjadinya kanser. Antara makanan yg mengandungi vitamin C (kiwi, brokoli), vitamin E (kekacang), lutein & zeaxanthin (sayuran hijau gelap-bayam).
PERBANYAKKAN ANTIOKSIDAN : sangat baik tuk tubuh & mencegah terjadinya kanser. Antara makanan yg mengandungi vitamin C (kiwi, brokoli), vitamin E (kekacang), lutein & zeaxanthin (sayuran hijau gelap-bayam).
MEMILIH MAKANAN : Pengambilan asid lemak Omega 3 yg terdapat dalam ikan salmon & makarel dapat membantu memperlambatkan kerosakan mata berbanding mereka yg tak mengambilnya.
SUPLEMEN : Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisi yg terkandung dapat membantu mngurangkan risiko mata rosak. Tapi jangan ambil suplemen dengan melebihi had kecuali atas nasihat dokter.
MENJAGA TEKANAN DARAH & BERAT BADAN : mereka yg mengalami tekanan darah yg tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata & nutrisi tak dapat di capai oleh retina mata.
Lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yg larut dalam lemak & jaringan lemak nilah yg bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.
So..lau nak nangis..kuarkan sumer..jangan tahan2 k...
sampai sini je Ayda dapat kongsi beberapa info ngan korang2 sumer...
Jumpa lagi.....
Byeeeee..........^ ^
1 Si Cantik/Kacak Bagi Komen!:
banyak jugak kan istimewa dye . HHE , boleh lah nanges selalu lepas ni . thankies sharing sayang ;)
Post a Comment